Iman akan berpenghujung kepada kewarakan

TEKS BAHASA ARAB

انتهاء ‌الإيمان ‌إلى الورع، من قنع بما رزقه الله عز وجل دخل الجنة، ومن أراد الجنة لا شك، فلا يخاف في الله لومة لائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman akan berpenghujung kepada kewarakan, sesiapa yang merasa cukup dengan apa yang Allah Azza wa Jalla rezekikan untuknya, maka dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang mahukan syurga tanpa syak, maka dia tidak takut celaan orang yang mencela semata kerana Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis nombor 3088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((انتهاء ‌الإيمان ‌إلى الورع، من قنع بما رزقه الله عز وجل دخل الجنة، ومن أراد الجنة لا شك، فلا يخاف في الله لومة لائم)). [الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (1616)].

(Palsu) Daripada Ibn Mas’ud RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ((Iman akan berpenghujung kepada kewarakan, sesiapa yang merasa cukup dengan apa yang Allah Azza wa Jalla rezekikan untuknya, maka dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang mahukan syurga tanpa syak, maka dia tidak takut celaan orang yang mencela semata kerana Allah.)) [Diriwayatkan oleh al-Daruqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1616].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs