Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Imam sesuatu kaum adalah duta mereka (kaum tersebut) kepada Allah

Teks Bahasa Arab

إمام القوم وافدهم إلى الله، فقدموا أفضلكم.

Teks Bahasa Melayu

Imam sesuatu kaum adalah duta mereka (kaum tersebut) kepada Allah, maka hendaklah kalian utamakan yang terbaik dikalangan kalian.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis no. 1681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه-  قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إمام القوم وافدهم إلى الله، فقدموا أفضلكم)). [ الحارث، ((الضعيفة)) (5864) ]

(Palsu) Dari Anas bin Malik RA, dia berkata, Rasulullah SAW, telah bersabda: Imam sesuatu kaum adalah duta mereka (kaum tersebut) kepada Allah, maka hendaklah kalian utamakan yang terbaik dikalangan kalian. [Riwayat al-Harith dalam Kitab Musnad-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5864]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.