Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Imam-imam kamu hendaklah kamu lantik dalam kalangan orang-orang terbaik

Teks Bahasa Arab

اجْعَلُوا أَئِمَّتَكُمْ خِيَارَكُمْ؛ فَإِنَّهُمْ وَفْدَكُمْ فِيْمَا بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رَبِّكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Imam-imam kamu hendaklah kamu lantik dalam kalangan orang-orang terbaik dalam kalangan kamu, kerana sesungguhnya mereka adalah pendahulu dalam rombongan kamu bagi urusan antara kamu dan Rab kamu.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 8, hadis no. 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sanadnya gelita (perawi-perawinya tidak dikenali) sebagaimana yang mereka telah katakan dan matannya pula palsu.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.