Imam al-Syafi'i pernah berkumpul dengan Abu Yusuf di sisi Harun al-Rasyid

TEKS BAHASA ARAB

كذلك ما ذكروه من أن الشافعي اجتمع بأبي يوسف عند هارون الرشيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan demikian juga apa yang disebutkan bahawa Imam al-Syafi’i pernah berkumpul dengan Abu Yusuf di sisi Harun al-Rasyid.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 220, hadis nombor 419. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل فلم يجتمع الشافعي بالرشيد إلا بعد موت أبي يوسف.

Ia adalah batil. Imam al-Syafi’i tidak pernah berkumpul dengan al-Rasyid melainkan selepas kematian Abu Yusuf.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.