Imam al-Mahdi adalah daripada kalanganku,

TEKS BAHASA ARAB

  الْمَهْدْيُّ مِنِّي أجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنِيُّ الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قَسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلُكُ سَبْعَ سِنِينَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Imam al-Mahdi adalah daripada kalanganku, dahinya lebar, hidungnya mancung, ia memenuhi bumi ini dengan keadilan, sepertimana ia telah dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman. Beliau berkuasa selama tujuh tahun.

STATUS

Sanad yang baik

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
الْمَهْدْيُّ مِنِّي أجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنِيُّ الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قَسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلُكُ سَبْعَ سِنِينَ
“Imam al-Mahdi adalah daripada kalanganku, dahinya lebar, hidungnya mancung, ia memenuhi bumi ini dengan keadilan, sepertimana ia telah dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman. Beliau berkuasa selama tujuh tahun.”
Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang baik daripada hadis Imran bin Dawar al-Qattan – beliau ialah orang yang hasan dalam hadis – daripada Qatadah daripada Abi Nadhrah daripada Abu Sa’id al-Khudri.
Imam at-Tirmizi juga meriwayatkan hadis seperti di atas tetapi dalam bentuk yang lain daripada Abi as-Siddiq an-Naji, daripada Abu Sa’id.
—————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkod oleh Abu Daud: 4285. Ia dihasankan oleh al-Albani.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon