Ilmu yang tidak memberikan manfaat dan kejahilan tidak memberikan kemudaratan

TEKS BAHASA ARAB

‌‌علم لا ينفع وجهالة لا تضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu yang tidak memberikan manfaat dan kejahilan (terhadap ilmu itu) tidak memberikan kemudaratan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1269, hadis nombor 6495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(ضعيف)
عن زيد بن أسلم رضي الله عنه، قال: قيل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم: بم؟ قيل: بأنساب الناس، قال:علم لا ينفع وجهالة لا تضر.
[ابن وهب، ((الضعيفة)) (3872)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Aslam RA, katanya: Dikatakan kepada Rasulullah SAW: Alangkah alimnya si fulan! Lalu Rasulullah SAW bersabda: Berkenaan apa? Dikatakan kepada baginda: Berkenaan nasab manusia. Baginda bersabda: Ilmu yang tidak memberikan manfaat dan kejahilan (terhadap ilmu itu) tidak memberikan kemudaratan.
[Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3872]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.