Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ilmu yang diperolehi ketika kecil seperti mengukir pada batu

Teks Bahasa Arab

الْعِلْمُ فِي الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ فِي الْحَجَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Ilmu yang diperolehi ketika kecil seperti mengukir pada batu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 61, hadis no. 243. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام الحسن لكن في حديث أبي الدرداء لكن سنده ضعيف: مثل الذي يتعلم في صغره كالنقش على الحجر ومثل الذي يتعلم في كبره كالذي يكتب على الماء. وفي الباب غير ذلك.

Berasal daripada ucapan al-Hasan, namun terdapat pada hadith Abi al-Darda', akan tetapi sanadnya dha'if: "Perumpamaan mempelajari ilmu ketika kecil sama seperti mengukir pada batu. Perumpamaan mempelajari ilmu ketika usia tua pula seperti menulis di atas air", dan dalam bab tersebut terdapat riwayat lain.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.