TEKS BAHASA ARAB
إن الفتنة تجيء فتنسف العباد نسفا، فينجو العالم منها بعلمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya fitnah (bencana) itu akan datang, lalu menyebabkan hamba-hamba benar-benar dalam kehancuran (kemusnahan), golongan yang akan terselamat daripada fitnah (bencana) itu adalah orang alim kerana ilmunya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1320, hadis nombor 6740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن الفتنة تجيء فتنسف العباد نسفا، فينجو العالم منها بعلمه.
[حل، ابن عساكر، القضاعي، ابن النجار، ((الضعيفة)) (2432)].
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya fitnah (bencana) itu akan datang, lalu menyebabkan hamba-hamba benar-benar dalam kehancuran (kemusnahan), golongan yang akan terselamat daripada fitnah (bencana) itu adalah orang alim kerana ilmunya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Ibn 'Asakir, al-Qudha'i, Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2432].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.