Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الفتنةَ تَجيءُ فَتَنْسِفُ العبادَ نسفًا، فَيَنْجُو العالِمُ منها بِعِلْمِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya fitnah (bencana) itu akan datang, lalu menyebabkan hamba-hamba benar-benar dalam kehancuran (kemusnahan), golongan yang akan terselamat daripada fitnah (bencana) itu adalah orang alim kerana ilmunya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1320, hadis no. 6740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن الفتنة تجيء فتنسف العباد نسفا، فينجو العالم منها بعلمه. [حل، ابن عساكر، القضاعي، ابن النجار، ((الضعيفة)) (2432)].
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya fitnah (bencana) itu akan datang, lalu menyebabkan hamba-hamba benar-benar dalam kehancuran (kemusnahan), golongan yang akan terselamat daripada fitnah (bencana) itu adalah orang alim kerana ilmunya. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Ibn 'Asakir, al-Qudha'i, Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2432].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman