Kata-kata Imam Malik
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العلمُ يُسعَى إِلَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Ilmu itu perlu diusahakan untuk datang kepadanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Kata-kata Imam Malik
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Ajarkanlah (ilmu) dan jangan bersikap keras.” Dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama Humaid. Beliau ialah seorang perawi yang munkar. Akan tetapi riwayat hadis beliau mempunyai syawahid iaitu: “Ajarkanlah (ilmu), permudahkanlah dan jangan menyusahkan.” “Ilmu itu perlu diusahakan untuk datang kepadanya.” Diriwayatkan: “Ilmu itu lebih utama untuk dimuliakan dan didatangi.” Ia merupakan kata-kata Imam Malik kepada al-Mahdi ketika mana beliau menjemput Imam Malik untuk memperdengarkan ilmu kepada kedua anaknya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman