Ilmu itu lebih baik berbanding beramal dan sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya

TEKS BAHASA ARAB

العلم أفضل من العمل، وخير الأمور أوساطها، دين الله بين الفاتر والغالي، والحسنة بين السيئتين، لا ينالها إلا بالله، وشر السير الحقحقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu lebih baik berbanding beramal dan sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya. Agama Allah berada antara orang yang berputus asa dan orang yang melampaui. Kebaikan juga berada antara dua kejahatan, ia tidak akan diperolehi melainkan kerana Allah dan seburuk-buruk perjalanan adalah perjalanan pada permulaan malam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270, hadis nombor 6501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: العلم أفضل من العمل، وخير الأمور أوساطها، دين الله بين الفاتر والغالي، والحسنة بين السيئتين، لا ينالها إلا بالله، وشر السير الحقحقة.
[ابن منده، ((الضعيفة)) 3940]

(Palsu)
Daripada sebahagian sahabat Nabi SAW daripada Rasulullah SAW, baginda SAW bersabda: Ilmu itu lebih baik berbanding beramal dan sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya. Agama Allah berada antara orang yang berputus asa dan orang yang melampaui. Kebaikan juga berada antara dua kejahatan, ia tidak akan diperolehi melainkan kerana Allah dan seburuk-buruk perjalanan adalah perjalanan pada permulaan malam.
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3940]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs