Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العلمُ أفضلُ من العملِ، وخيرُ الأمورِ أوساطُها، دينُ اللهِ بين الفاتِرِ والغالي، والحسنةُ بين السَّيِّئَتَيْنِ، لا ينالُها إلا باللهِ، وشرُّ السَّيْرِ الحَقْحَقَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Ilmu itu lebih baik berbanding beramal dan sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya. Agama Allah berada antara orang yang berputus asa dan orang yang melampaui. Kebaikan juga berada antara dua kejahatan, ia tidak akan diperolehi melainkan kerana Allah dan seburuk-buruk perjalanan adalah perjalanan pada permulaan malam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270, hadis no. 6501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: العلم أفضل من العمل، وخير الأمور أوساطها، دين الله بين الفاتر والغالي، والحسنة بين السيئتين، لا ينالها إلا بالله، وشر السير الحقحقة. [ابن منده، ((الضعيفة)) 3940]
(Palsu) Daripada sebahagian sahabat Nabi SAW daripada Rasulullah SAW, baginda SAW bersabda: Ilmu itu lebih baik berbanding beramal dan sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya. Agama Allah berada antara orang yang berputus asa dan orang yang melampaui. Kebaikan juga berada antara dua kejahatan, ia tidak akan diperolehi melainkan kerana Allah dan seburuk-buruk perjalanan adalah perjalanan pada permulaan malam. [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3940]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman