Ilmu itu lebih baik berbanding amal

TEKS BAHASA ARAB

العلم خير من العمل، وملاك الدين الورع، والعالم من يعمل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu lebih baik berbanding amal, raja bagi agama itu adalah warak, dan orang alim adalah orang yang beramal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270 – 1271, hadis nombor 6504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبادة بن الصامت مرفوعاً: العلم خير من العمل، وملاك الدين الورع، والعالم من يعمل.
[فر، ((الضعيفة)) 3943]

(Lemah)
Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu itu lebih baik berbanding amal, raja bagi agama itu adalah warak, dan orang alim adalah orang yang beramal.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnda al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3943]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.