Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العِلْمُ خَيرٌ مِن العَمَلِ، وَمَلَاكُ الدِّينِ الوَرَع، والعَالَمُ مَن يَعْمَل.
Teks Bahasa Melayu
Ilmu itu lebih baik berbanding amal, raja bagi agama itu adalah warak, dan orang alim adalah orang yang beramal.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270 - 1271, hadis no. 6504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبادة بن الصامت مرفوعاً: العلم خير من العمل، وملاك الدين الورع، والعالم من يعمل. [فر، ((الضعيفة)) 3943]
(Lemah) Daripada 'Ubadah bin al-Samit RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu itu lebih baik berbanding amal, raja bagi agama itu adalah warak, dan orang alim adalah orang yang beramal. [Riwayat al-Dailami dalam Musnda al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3943]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman