Ilmu itu adalah teman orang beriman

TEKS BAHASA ARAB

العلم خليل المؤمن، والعقل دليله، والعمل قيمه، والحلم وزيره، والصبر أمير جنوده، والرفق والده، واللين أخوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu adalah teman orang beriman, akal pula adalah petunjuknya, amalan pula adalah peneguhnya, kelembutan adalah menterinya, kesabaran adalah ketua tenteranya, belas kasihan adalah ayahnya dan kelunakan adalah saudaranya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246, hadis nombor 6357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسن، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: العلم خليل المؤمن، والعقل دليله، والعمل قيمه، والحلم وزيره، والصبر أمير جنوده، والرفق والده، واللين أخوه.
[هب، ((الضعيفة)) (2379)]

(Palsu)
Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ilmu itu adalah teman orang beriman, akal pula adalah petunjuknya, amalan pula adalah peneguhnya, kelembutan adalah menterinya, kesabaran adalah ketua tenteranya, belas kasihan adalah ayahnya dan kelunakan adalah saudaranya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2379]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.