Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العِلمُ خليلُ المؤمنِ، والعقلُ دليلُهُ، والعملُ قيِّمُهُ، والحِلمُ وزيرُهُ، والصَّبرُ أميرُ جنودِهِ، والرِّفقُ والدُهُ، واللِّينُ أخوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ilmu itu adalah teman orang beriman, akal pula adalah petunjuknya, amalan pula adalah peneguhnya, kelembutan adalah menterinya, kesabaran adalah ketua tenteranya, belas kasihan adalah ayahnya dan kelunakan adalah saudaranya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246, hadis no. 6357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: العلم خليل المؤمن، والعقل دليله، والعمل قيمه، والحلم وزيره، والصبر أمير جنوده، والرفق والده، واللين أخوه. [هب، ((الضعيفة)) (2379)]
(Palsu) Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ilmu itu adalah teman orang beriman, akal pula adalah petunjuknya, amalan pula adalah peneguhnya, kelembutan adalah menterinya, kesabaran adalah ketua tenteranya, belas kasihan adalah ayahnya dan kelunakan adalah saudaranya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2379]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman