TEKS BAHASA ARAB
العلم خزائن، ومفتاحها السؤال، فاسألوا يرحمكم الله، فإنه يؤجر فيه أربعة: السائل، والمعلم، والمستمع، والمجيب لهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ilmu itu adalah khazanah-khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Oleh itu, bertanyalah, semoga kamu dirahmati oleh Allah kerana akan diberikan pahala kepada empat golongan iaitu orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar dan orang menjawab soalan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1231, hadis nombor 6266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: العلم خزائن، ومفتاحها السؤال، فاسألوا يرحمكم الله، فإنه يؤجر فيه أربعة: السائل، والمعلم، والمستمع، والمجيب لهم.
[حل، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (278)].
(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu itu adalah khazanah-khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Oleh itu, bertanyalah, semoga kamu dirahmati oleh Allah kerana akan diberikan pahala kepada empat golongan iaitu orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar dan orang menjawab soalan.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu 'Uthman al-Bahiriy dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 278].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.