Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ilmu itu adalah khazanah-khazanah dan kuncinya adalah bertanya

Teks Bahasa Arab

العلمُ خزائنُ، ومِفتاحُها السُّؤالُ، فاسألوا يرحَمْكمُ اللهُ، فإنَّهُ يؤجَرُ فيهِ أربعةٌ: السَّائلُ، والمعلِّمُ، والمستمعُ، والمجيبُ لَهُم.

Teks Bahasa Melayu

Ilmu itu adalah khazanah-khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Oleh itu, bertanyalah, semoga kamu dirahmati oleh Allah kerana akan diberikan pahala kepada empat golongan iaitu orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar dan orang menjawab soalan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1231, hadis no. 6266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: العلم خزائن، ومفتاحها السؤال، فاسألوا يرحمكم الله، فإنه يؤجر فيه أربعة: السائل، والمعلم، والمستمع، والمجيب لهم. [حل، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (278)].

(Palsu) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu itu adalah khazanah-khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Oleh itu, bertanyalah, semoga kamu dirahmati oleh Allah kerana akan diberikan pahala kepada empat golongan iaitu orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar dan orang menjawab soalan. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu 'Uthman al-Bahiriy dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 278].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.