Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ilmu itu ada tiga

Teks Bahasa Arab

الْعِلْمُ ثلاَثَةٌ: كِتَابٌ نَاطِقٌ وَسُنَّةُ مَاضِيَةٌ وَلاَ أَدْرِي.

Teks Bahasa Melayu

Ilmu itu ada tiga: kitab yang berbicara, sunah yang lalu dan ungkapan saya tidak tahu.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 56, hadis no. 311. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata dalam Tazkirah al-Huffaz: Tidak sahih secara musnad (hadis yang bersambung sanad hingga kepada Rasulullah SAW). Namun, beliau tidak menyenaraikannya dalam riwayat-riwayat munkar oleh Abu Huzafah, saya tidak tahu mengapa, seakan-akan ia mawquf (disandarkan kepada sahabat). [Saya berkata]: Demikianlah hadith tersebut dalam kitab al-'Ilm oleh Ibn 'Abd al-Bar. Kemudian al-Zahabi menyebutkannya dalam riwayat-riwayat munkar oleh Abu Huzafah tersebut dalam al-Mizan. Saya tidak tahu adakah beliau menyebutkannya kerana cetusan ideanya atau beliau mengikut tokoh lain dan terlupa.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.