Ilmu itu ada pada kaum Quraisy

TEKS BAHASA ARAB

العلم في قريش، والأمانة في الأنصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu ada pada kaum Quraisy dan amanah itu ada pada kaum Ansar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1804, hadis nombor 9098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث بن جزء – رضي الله عنه – مرفوعا: ((العلم في قريش، والأمانة في الأنصار)). [العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (1592)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin al-Harith bin Juz’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Ilmu itu ada pada kaum Quraisy dan amanah itu ada pada kaum Ansar." [Riwayat al-‘Iraqi dalam Mahajjah al-Qurb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs