Ilmu itu ada dua jenis ilmu, ilmu agama dan ilmu tubuh badan

TEKS BAHASA ARAB

العلم علمان علم الأديان وعلم الأبدان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu ada dua jenis ilmu, ilmu agama dan ilmu tubuh badan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 123, hadis nombor 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كذا في ((الخلاصة )) وفي ((الذيل)) روي مسلسل عن الحسن عن حذيفة: سألت النبي صلى الله عليه وسلم عن علم الباطن ما هو؟ فقال: سألت جبريل عنه، فقال عن الله: هو سر بيني وبين أحبائي وأوليائي وأصفيائي، أودعه في قلوبهم، لا يطلع عليه ملك مقرب، ولا نبي مرسلز قال العسقلاني: موضوع، والحسن ما لقي حذيفة.

Palsu, beginilah seperti dalam kitab al-Khulasah, dan dalam kitab al-Zayl, telah diriwayatkan secara musalsal daripada al-Hasan, daripada Huzaifah. Aku telah bertanya Nabi SAW tentang ilmu batin, apakah dia? Lalu baginda bersabda: “Aku telah bertanya Jibril tentangnya lalu dia berkata daripada Allah: Ia adalah rahsia antara Aku dan kekasih-kekasih-Ku, wali-wali-Ku dan manusia-manusia pilihan-Ku, Aku telah letakkan dalam jantung-jantung mereka, tidak boleh dijenguk oleh malaikat yang rapat dan tidak juga nabi yang diutuskan. Al-‘Asqalani berkata: Palsu dan al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Huzaifah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.