Ilmu itu ada dua: Ilmu yang melekat dalam hati dan pada lidah

TEKS BAHASA ARAB

العلم علمان: فعلم ثابت في القلب؛ فذاك العلم النافع، وعلم في اللسان؛ فذاك حجة الله على عباده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu itu ada dua: Ilmu yang melekat dalam hati; iaitu ilmu yang bermanfaat, manakala ilmu pada lidah; ia adalah pendakwaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1271, hadis nombor 6506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر مرفوعاً)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: العلم علمان: فعلم ثابت في القلب؛ فذاك العلم النافع، وعلم في اللسان؛ فذاك حجة الله على عباده.
[الصفار في ((حديثه))، ابن بشران، السلمي في ((الأربعين))، فر، ((الضعيفة)) (3945)]

(Munkar secara marfu’)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu itu ada dua: Ilmu yang melekat dalam hati; iaitu ilmu yang bermanfaat, manakala ilmu pada lidah; ia adalah pendakwaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
[Riwayat al-Saffar dalam Hadith beliau, Ibn Bishran, al-Sulami dalam al-Arba'in dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3945]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs