Ilmu ini adalah agama, daripada siapakah kamu mengambil agamanya

TEKS BAHASA ARAB

إن هذا العلم دين، فلينظر أحدكم ممن يأخذ دينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Oleh itu, hendaklah seseorang di antara kamu melihat daripada siapakah kamu mengambil agamanya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1245 – 1246, hadis nombor 6355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إن هذا العلم دين، فلينظر أحدكم ممن يأخذ دينه.
[تمام، عد، السهمي، الهروي في ((ذم الكلام))، فر، ((الضعيفة)) (2481)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Oleh itu, hendaklah seseorang di antara kamu melihat daripada siapakah kamu mengambil agamanya.
[Riwayat Tammam, Ibn ‘Adiy, al-Sahmi, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2481]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs