Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَالَّةُ المُؤْمِنِ الْعِلْمُ كُلَّمَا قَيَّدَ حَدِيثاً طَلَبَ إِلَيْهِ آخَر.
Teks Bahasa Melayu
Ilmu ialah barang kehilangan bagi orang mukmin, setiap kali dia mengikat (menghafal) suatu hadith, maka dia mencari yang lain.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 50, hadis no. 264. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith dengan lafaz ini adalah batil. Dalam hadith riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah: Kalimah hikmah ialah barang kehilangan bagi orang mukmin, maka di mana sahaja kamu menemuinya, maka dia lebih berhak terhadapnya. Ia juga hadith yang daif.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman