Ilmu dan harta akan menutup segala aib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العلم والمال يستران كل عيب، والجهل والفقر يكشفان كل عيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu dan harta akan menutup segala aib, namun kejahilan dan kefakiran akan mendedahkan segala aib.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1844, hadis nombor 9304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((العلم والمال يستران كل عيب، والجهل والفقر يكشفان كل عيب)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٩٤٧)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu dan harta akan menutup segala aib, namun kejahilan dan kefakiran akan mendedahkan segala aib. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.