Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العلمُ والمالُ يسترانِ كلَّ عيبٍ، والجهلُ والفقرُ يكشِفانِ كلَّ عيبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ilmu dan harta adalah dua tirai yang menutupi setiap keaiban manakala kejahilan dan kefaqiran pula yang membuka semua keaiban.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1271, hadis no. 6508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: العلم والمال يستران كل عيب، والجهل والفقر يكشفان كل عيب. [فر، ((الضعيفة)) (3947)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu dan harta adalah dua tirai yang menutupi setiap keaiban manakala kejahilan dan kefaqiran pula yang membuka semua keaiban. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3947]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman