Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علم الباطن سر من أسرار الله عز وجل، وحكم من أحكام الله، يقذفه في قلوب من يشاء من عباده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah ‘azza wa jalla dan salah satu kebijaksanaan Allah. Dia mencampakkannya ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dia kehendaki dalam kalangan hamba-hamba-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis nombor 6320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: علم الباطن سر من أسرار الله عز وجل، وحكم من أحكام الله، يقذفه في قلوب من يشاء من عباده.
[فر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (1227)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’: Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah ‘azza wa jalla dan salah satu kebijaksanaan Allah. Dia mencampakkannya ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dia kehendaki dalam kalangan hamba-hamba-Nya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1227]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.