Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah azza wa jalla

TEKS BAHASA ARAB

علم الباطن سر من أسرار الله عز وجل وحكم من حكم الله يقذفه في قلوب من يشاء من عباده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah ‘azza wa jalla dan salah satu hikmah Allah yang Dia campakkannya ke dalam hati-hati hamba-Nya yang dikehendaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 54, hadis nombor 293. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Penulis (al-Suyuti) turut memasukkan hadith tersebut dalam Zail al-Mawdhu’at dan terlebih dahulu dilakukan oleh al-Hafiz, al-Hafiz berkata dalam Zahr al-Firdaws: Mawdhu’ (palsu), lalu bagaimana al-Suyuti boleh masukkan hadith tersebut dalam kitab yang beliau pelihara daripada hadith-hadith palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs