Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah

Teks Bahasa Arab

علمُ الباطنِ سرٌّ من أسرارِ اللهِ عزَّ وجلَّ، وحُكْمٌ من أحكامِ اللهِ، يقذفُهُ في قلوبِ من يشاءُ من عبادِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah 'azza wa jalla dan salah satu kebijaksanaan Allah. Dia mencampakkannya ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dia kehendaki dalam kalangan hamba-hamba-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis no. 6320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: علم الباطن سر من أسرار الله عز وجل، وحكم من أحكام الله، يقذفه في قلوب من يشاء من عباده. [فر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (1227)]

(Palsu) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu': Ilmu batin adalah salah satu rahsia Allah 'azza wa jalla dan salah satu kebijaksanaan Allah. Dia mencampakkannya ke dalam hati-hati sesiapa sahaja yang dia kehendaki dalam kalangan hamba-hamba-Nya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1227]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.