Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ilmu adalah kehidupan Islam dan tiang iman

Teks Bahasa Arab

العلمُ حياةُ الإسلامِ، وعمادُ الإيمانِ، ومن عَلِم علمًا أنمى اللهُ له أجرَه إلى يومِ القيامةِ، ومن تعلم عِلمًا يَعْمَلُ به؛ كان حقًّا على اللهِ أن يُعَلِّمَه علمًا لم يكن يَعْلَمُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Ilmu adalah kehidupan Islam dan tiang iman. Sesiapa yang mendalami suatu ilmu, Allah tingkatkan pahala untuknya hingga hari kiamat. Dan sesiapa yang mendalami ilmu yang diamalkan, maka menjadi hak kepada Allah untuk mengajarkannya ilmu yang belum pernah dia pelajarinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270, hadis no. 6503. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: العلم حياة الإسلام، وعماد الإيمان، ومن علم علماً أنمى الله له أجره إلى يوم القيامة، ومن تعلم علماً يعمل به؛ كان حقاً على الله أن يعلمه علماً لم يكن يعلمه. [فر، ((الضعيفة)) 3942]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ilmu adalah kehidupan Islam dan tiang iman. Sesiapa yang mendalami suatu ilmu, Allah tingkatkan pahala untuknya hingga hari kiamat. Dan sesiapa yang mendalami ilmu yang diamalkan, maka menjadi hak kepada Allah untuk mengajarkannya ilmu yang belum pernah dia pelajarinya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3942]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.