Ikutlah teladan orang selepas aku iaitu Abu Bakar dan Umar

TEKS BAHASA ARAB

اقتدوا بالذين من بعدي: أبي بكر وعمر، فإنّهما حُبل الله الممدود، فمن تمسّك بهما، فقد تمسّك بعروة الله الوثقى التي لا انفصام لها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ikutlah teladan orang selepas aku iaitu Abu Bakar dan Umar; mereka berdua tali Allah yang dilebarkan. Sesiapa yang berpegang dengan mereka berdua, telah berpegang dengan simpulan Allah yang teguh dan tidak lagi boleh dipisahkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis nombor 9119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((اقتدوا بالذين من بعدي: أبي بكر وعمر، فإنّهما حُبل الله الممدود، فمن تمسّك بهما، فقد تمسّك بعروة الله الوثقى التي لا انفصام لها)). [ابن عساكر، ((الضعيفة))(2330)]

(Lemah) Daripada Abu Darda’ RA berkata, Nabi SAW bersabda: Ikutilah teladan orang selepas aku iaitu Abu Bakar dan Umar; mereka berdua tali Allah yang dilebarkan. Sesiapa yang berpegang dengan mereka berdua, telah berpegang dengan simpulan Allah yang teguh dan tidak lagi boleh dipisahkan. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.2330]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs