Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقتدوا بالذين من بعدي: أبي بكر وعمر، فإنّهما حُبل الله الممدود، فمن تمسّك بهما، فقد تمسّك بعروة الله الوثقى التي لا انفصام لها.
Teks Bahasa Melayu
Ikutlah teladan orang selepas aku iaitu Abu Bakar dan Umar; mereka berdua tali Allah yang dilebarkan. Sesiapa yang berpegang dengan mereka berdua, telah berpegang dengan simpulan Allah yang teguh dan tidak lagi boleh dipisahkan.
Sahabat Perawi
- Abu Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis no. 9119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((اقتدوا بالذين من بعدي: أبي بكر وعمر، فإنّهما حُبل الله الممدود، فمن تمسّك بهما، فقد تمسّك بعروة الله الوثقى التي لا انفصام لها)). [ابن عساكر، ((الضعيفة))(2330)]
(Lemah) Daripada Abu Darda’ RA berkata, Nabi SAW bersabda: Ikutilah teladan orang selepas aku iaitu Abu Bakar dan Umar; mereka berdua tali Allah yang dilebarkan. Sesiapa yang berpegang dengan mereka berdua, telah berpegang dengan simpulan Allah yang teguh dan tidak lagi boleh dipisahkan. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.2330]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman