Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتَّبِعوا العلماءَ، فإنَّهم سُرُجُ الدُّنيا، ومَصابيحُ الآخرَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ikutilah para ulama kerana mereka adalah penyuluh dunia dan pelita akhirat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229, hadis no. 6251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: اتبعوا العلماء، فإنهم سرج الدنيا، ومصابيح الآخرة. [فر، ((الضعيفة)) (378)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kenapa Nabi SAW): Ikutilah para ulama kerana mereka adalah penyuluh dunia dan pelita akhirat. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 378].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman