Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ikutilah jalan-jalan sekalipun ianya berpusing-pusing

Teks Bahasa Arab

الطُّرُقَ وَلَوْ دَارَتْ.

Teks Bahasa Melayu

Ikutilah jalan-jalan sekalipun ianya berpusing-pusing.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 54, hadis no. 214. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ويرد على الألسنة: لأتبع الطرق، ولو دارت. وخذ أو تزوج البكر ولو بارت. وليس بحديث. وفي معنى الأول: (وأتوا البيوت من أبوابها) الثاني: ((هلا بكرا)) الحديث.

Dan disebutkan pada lidah-lidah (orang ramai): "Hendaklah mengikuti jalan-jalan sekalipun berpusing-pusing dan ambillah atau kahwinilah wanita yang masih dara sekalipun dia tidak subur", dan ianya bukan hadith. Bagi yang semakna dengan bahagian pertama adalah firman Allah Ta'ala: "Dan datangilah rumah-rumah tersebut melalui pintu-pintunya", manakala bahagian kedua pula (pertanyaan Nabi SAW kepada Jabir): "Mengapa tidak (kamu kahwini) anak dara?", hadith.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.