TEKS BAHASA ARAB
الاعتكاف في كل مسجد تقام فيه الصلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Iktikaf itu adalah di setiap masjid yang didirikan padanya solat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, hadis nombor 1755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن النزال بن سبرة أنه قال: أتى حذيفة بن اليمان على فتية في المسجد، فقال: ما هؤلاء؟ فقيل: قوم عكوف، فقال: ما كنت أحسب أن يكون اعتكاف إلا في مسجدٍ نفرٍ (كذا)، وقال عبد الله: قال رسول الله ﷺ: ((الِاعْتِكَافُ فِي كلِّ مَسْجِدٍ تُقامُ فِيهِ الصَّلَاةُ)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6237)].
(Sangat Lemah) Daripada al-Nazzal bin Sabrah, beliau berkata: Hudhayfah bin al-Yaman menemui beberapa orang pemuda di masjid, lalu beliau bertanya: “Apakah itu?” Lalu dijawab: “Sekumpulan orang yang sedang beriktikaf.” Beliau berkata: “Saya tidak pernah menyangka bahawa iktikaf itu boleh dilakukan melainkan di masjid tertentu sahaja (sebegini).” Maka Abdullah (Ibn Mas’ud) pun berkata: Rasululah ﷺ bersabda: “Iktikaf itu adalah di setiap masjid yang didirikan padanya solat.” [Riwayat Abu Bakar al-Shafi’i dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6237].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.