Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الِاعْتِكَافُ فِي كلِّ مَسْجِدٍ تُقامُ فِيهِ الصَّلَاةُ.
Teks Bahasa Melayu
Iktikaf itu adalah di setiap masjid yang didirikan padanya solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, hadis no. 1755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن النزال بن سبرة أنه قال: أتى حذيفة بن اليمان على فتية في المسجد، فقال: ما هؤلاء؟ فقيل: قوم عكوف، فقال: ما كنت أحسب أن يكون اعتكاف إلا في مسجدٍ نفرٍ (كذا)، وقال عبد الله: قال رسول الله ﷺ: ((الِاعْتِكَافُ فِي كلِّ مَسْجِدٍ تُقامُ فِيهِ الصَّلَاةُ)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6237)].
(Terlalu Daif) Daripada al-Nazzal bin Sabrah, beliau berkata: Hudhayfah bin al-Yaman menemui beberapa orang pemuda di masjid, lalu beliau bertanya: “Apakah itu?” Lalu dijawab: “Sekumpulan orang yang sedang beriktikaf.” Beliau berkata: “Saya tidak pernah menyangka bahawa iktikaf itu boleh dilakukan melainkan di masjid tertentu sahaja (sebegini).” Maka Abdullah (Ibn Mas'ud) pun berkata: Rasululah ﷺ bersabda: “Iktikaf itu adalah di setiap masjid yang didirikan padanya solat.” [Riwayat Abu Bakar al-Shafi'i dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6237].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman