Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الاعتكافُ في كلِّ مسجٍد تُقامُ فيه الصلاةُ.
Teks Bahasa Melayu
Iktikaf hanya dilakukan di masjid yang didirikan solat di dalamnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1159, hadis no. 5858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن النزال بن سبرة أنه قال: أتى حذيفة بن اليمان على فتية في المسجد فقال: ما هؤلاء؟ فقيل: قوم عكوف فقال: ما كنت أحسب أن يكون اعتكاف إلا في مسجد نفر كذا وقال عبد الله: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الاعتكافُ في كلِّ مسجٍد تُقامُ فيه الصلاةُ. [أبو بكر الشافعي في الفوائد، الضعيفة (6237)]
(Sangat lemah) Daripada Nazal bin Sabrah, dia berkata: Huzaifah bin al-Yamani RA telah datang kepada pemuda-pemuda di satu masjid, lalu dia berkata: Siapakah pemuda-pemuda ini? Maka dalam kalangan mereka ada yang menjawab: Mereka adalah golongan yang sedang beriktikaf. Maka dia berkata: Saya rasa ini iktikaf tifdak terjadi melainkan di dalam masjid tertentu sahaja, dan Abdullah telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Iktikaf hanya dilakukan di masjid yang didirikan solat di dalamnya. [Riwayat Abu Bakar al-Syafi’ dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6237]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman