Iktibar akal seseorang itu bergantung pada panjang janggutnya, ukiran cincinnya dan kunutnya

TEKS BAHASA ARAB

اعتبروا عقل الرجل فى طول لحيته، ونقش خاتمه، وكنوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iktibar akal seseorang itu bergantung pada panjang janggutnya, ukiran cincinnya dan kunutnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis nombor 8102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي دوس الأشعري، قال: كنا عند معاوية جلوسا؛ إذ أقبل علينا رجل طويل اللحية، فقال معاوية: أيكم يحفظ حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم في طول اللحية؟ فسكت القوم، فقال معاوية: لكني أحفظه. فلما جلس الرجل؛ قال معاوية: أما اللحية فلسنا نسأل عنها! سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: اعتبروا عقل الرجل فى طول لحيته ونقش خاتمه وكنوته. قال: فما كنوتك؟ قال: أبو كوكب الدرى، قال: فما نقش خاتمك؟ قال: {وتفقد الطيرفقال ما لي لا أرى الهدهد أم كان من الغائبين}. فقال: وجدنا حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم حقا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (272)].

(Palsu)
Daripada Abu Daus al-Ash’ari berkata: Ketika kami duduk bersama Mu’awiyah. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berjanggut panjang kepada kami. Kata Mu’awiyah: Siapakah di antara kamu yang menghafal hadis Rasulullah SAW dalam bab panjangnya janggut? Maka semua terdiam. Kata Mu’awiyah: Tetapi aku menghafalnya. Apabila lelaki itu duduk, Mu’awiyah telah berkata kepadanya: Adapun janggut, kami tidak bertanya tentangnya. Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Iktibar akal seseorang itu bergantung pada panjang janggutnya, ukiran cincinnya dan kunutnya. Dia berkata: Apakah itu kunut kamu? Jawabnya: Abu Kawkab (bintang) yang bersinar. Katanya lagi: Apakah itu ukiran cincin kamu? Jawabnya dengan membaca ayat: Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?, [Surah al-Naml: 20] Dia berkata: Kami telah menjumpai kebenaran hadis Rasulullah SAW.
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 272]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs