Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اعتبِروا عقلَ الرَّجلِ في طولِ لحيتِهِ، ونقشِ خاتمِهِ، وَكُنوتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Iktibar akal seseorang itu bergantung pada panjang janggutnya, ukiran cincinnya dan kunutnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis no. 8102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Daus al-Ash’ari berkata: Ketika kami duduk bersama Mu’awiyah. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berjanggut panjang kepada kami. Kata Mu’awiyah: Siapakah di antara kamu yang menghafal hadis Rasulullah SAW dalam bab panjangnya janggut? Maka semua terdiam. Kata Mu’awiyah: Tetapi aku menghafalnya. Apabila lelaki itu duduk, Mu’awiyah telah berkata kepadanya: Adapun janggut, kami tidak bertanya tentangnya. Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Iktibar akal seseorang itu bergantung pada panjang janggutnya, ukiran cincinnya dan kunutnya. Dia berkata: Apakah itu kunut kamu? Jawabnya: Abu Kawkab (bintang) yang bersinar. Katanya lagi: Apakah itu ukiran cincin kamu? Jawabnya dengan membaca ayat: Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?, [Surah al-Naml: 20] Dia berkata: Kami telah menjumpai kebenaran hadis Rasulullah SAW. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 272]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman