Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يأتيَكُم عِكْرمةُ بنُ أبي جَهْلٍ مؤمِنًا مُهاجرًا، فلا تسبُّوا أباهُ، فإنَّ سبَّ الميِّتِ يؤذي الحيَّ، ولا يبلُغُ الميِّتَ.
Teks Bahasa Melayu
Ikrimah telah datang kepada kamu sebagai seorang beriman yang telah berhijrah, jadi janganlah kamu mengeji ayahnya. Ini kerana sesungguhnya mengeji orang yang telah mati akan memberi kesakitan kepada orang yang masih hidup dan ia tidak sampai kepada yang mati.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubair
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1766, hadis no. 8889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abdullah bin al-Zubair RA, beliau berkata: Ketika hari pembukaan Mekkah, Ikrimah Bin Abu Jahl telah lari dan ketika itu isterinya iaitu Ummu Hakim binti al-Harith Bin Hisham, merupakan seorang perempuan cerdik. Beliau telah memeluk Islam kemudian beliau meminta daripada Rasulullah SAW keamanan untuk suaminya. Lalu Baginda memerintahkannya untuk memanggil suaminya kembali. Maka dia keluar untuk mencarinya dan berkata padanya: Aku telah datang kepadamu dari sisi manusia yang paling suka menghubungkan silaturrahim, yang paling mulia dan yang paling baik. Aku telah meminta keamanan bagi kamu, lalu baginda memberikan keamanan kepadamu. Lalu Ikrimah pulang bersama isterinya dan apabila dia mendekati Mekkah, Rasulullah SAW berkata kepada sahabatnya: Ikrimah telah datang kepada kamu sebagai seorang beriman yang telah berhijrah, jadi janganlah kamu mengeji ayahnya. Ini kerana sesungguhnya mengeji orang yang telah mati akan memberi kesakitan kepada orang yang masih hidup dan ia tidak sampai kepada yang mati. Apabila Ikrimah sampai ke pintu Rasulullah SAW, dia merasa gembira dan Nabi bergegas untuk berdiri dengan kedua kakinya kerana gembira dengan kedatangan Ikrimah. [Riwayat al-Waqidi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Madkhal dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6234].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman