Ikrimah bin Abu Jahl telah datang kepada kalian dalam keadaan beriman dan berhijrah

TEKS BAHASA ARAB

يأتيكم عكرمة بن أبي جهل مؤمنا مهاجرا فلا تسبوا أباه فإن سب الميت يؤذي الحي ولا يبلغ الميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ikrimah bin Abu Jahl telah datang kepada kalian dalam keadaan beriman dan berhijrah. Maka jangan kamu mencela bapanya kerana mencela orang yang mati hanya menyakiti orang yang hidup dan ia tidak sampai pun kepada si mati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1098-1099, hadis nombor 5571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنهما، قال: لما كان يوم فتح مكة هرب عكرمة بن أبي جهل وكانت امرأته أم حكيم بنت الحارث بن هشام امرأة عاقلة أسلمت ثم سألت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الأمان لزوجها فأمرها برده فخرجت في طلبه وقالت له: جئتك من عند أوصل الناس وأبر الناس وخير الناس وقد استأمنت لك فأمنتك فرجع معها فلما دنا من مكة، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأصحابه: يَأْتِيكُمْ عِكْرِمَةُ بْنُ أَبِي جَهْلٍ مُؤْمِنًا مُهَاجِرًا فَلَا تَسُبّوا أَبَاهُ فَإِنّ سَبّ الْمَيّتِ يُؤْذِي الْحَيّ، وَلَا يَبْلُغُ الْمَيّت فلما بلغ باب رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ استبشر ووثب له رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قائمًا على رجليه فرحًا بقدومه. [الواقدي، ك، البيهقي في المدخل، ابن عساكر، الضعيفة (6234)].

(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin al-Zubair RA, beliau menceritakan: Pada peristiwa pembebasan kota Makkah, ‘Ikrimah bin Abu Jahl telah melarikan dirinya. Namun isterinya, Ummu Hakim binti al-Harith merupakan seorang wanita yang pintar, beliau memeluk Islam dan memohon perlindungan bagi pihak suaminya daripada Rasulullah SAW. Baginda menyuruh Ummu Hakim memanggil ‘Ikrimah kembali pulang. Maka Ummu Hakim segera menjejaki suaminya. Setelah bertemu, beliau berkata: Aku datang kepadamu ini dengan arahan seorang manusia yang paling suka menyambungkan hubungan kekeluargaan, paling berbudi dan paling baik. Aku meminta perlindungan untukmu, dan aku berjaya memberikan perlindungan kepadamu. ‘Ikrimah pun pulang bersama isterinya. Apabila beliau mendekati kota Mekah, Rasulullah SAW berkata kepada para Sahabat Baginda: ‘Ikrimah bin Abu Jahl telah datang kepada kalian dalam keadaan beriman dan berhijrah. Maka jangan kamu mencela bapanya kerana mencela orang yang mati hanya menyakiti orang yang hidup dan ia tidak sampai pun kepada si mati. Apabila ‘Ikrimah sampai ke pintu rumah Rasulullah SAW, Baginda mengalu-alukannya dengan teruja, dan menghentak-hentak kaki Baginda kerana gembira dengan ketibaan ‘Ikrimah. [Riwayat al-Waqidi dalam al-Maghazi, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Baihaqi dalam al-Madkhal, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6234]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs