Ikrimah Bin Abu Jahal akan datang kepada kamu dalam keadaan beriman dan berhijrah

TEKS BAHASA ARAB

يأتيكم عكرمة بن أبي جهل مؤمنا مهاجرا، فلا تسبوا أباه فإن سب الميت يؤذي الحي، ولا يبلغ الميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ikrimah Bin Abu Jahal akan datang kepada kamu dalam keadaan beriman dan berhijrah. Jangan kalian mencela bapanya kerana mencela orang mati akan menyebabkan orang hidup terasa hati walaupun tidak sampai kepada orang yang telah mati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1944, hadis nombor 9741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالله بن الزبير رضي الله عنهما قال: لما كان يوم فتح مكة؛ هرب عكرمة بن أبي جهل، وكانت امرأته أم حكيم بنت الحارث بن هشام امرأة عاقلة، أسلمت ثم سألت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الأمان لزوجها، فأمرها برده، فخرجت في طلبه، وقالت له: جئتك من عند أوصل الناس، وأبر الناس، وخير الناس، وقد استأمنت لك فأمنك، فرجع معها، فلما دنا من مكة، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأصحابه: يَأْتِيكُمْ عِكْرِمَةُ بْنُ أَبِي جَهْلٍ مُؤْمِناً مُهَاجِراً، فَلَا تَسُبّوا أَبَاهُ فَإِنّ سَبّ الْمَيّتِ يُؤْذِي الْحَيّ، وَلَا يَبْلُغُ الْمَيّت. ، فلما بلغ باب رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ استبشر، ووثب له رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قائماً على رجليه فرحاً بقدومه.
[الواقدي، ك، البيهقي في ((المدخل))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6234)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Al-Zubair RA, beliau berkata: Ketika hari pembukaan kota Mekah, Ikrimah Bin Abu Jahal lari. Isteri beliau, Ummu Hakim Binti Al-Harith adalah wanita yang bijak. Beliau memeluk Islam dan meminta jaminan keselamatan suaminya kepada Rasulullah SAW. Lantas Baginda meminta beliau untuk menyerahkan Ikrimah. Lalu beliau pergi untuk menunaikan perintah Nabi. Ummu Hakim berkata kepada Ikrimah: Aku datang dengan arahan orang paling banyak menyambung tali persaudaraan, orang yang paling baik dan orang yang paling banyak melakukan kebaikan. Aku meminta jaminan keselamatan kamu kepada Baginda dan Baginda memberikannya. Lalu Ikrimah kembali bersama isterinya. Apabila hampir sampai ke Mekah, Nabi SAW bersabda kepada para sahabat Baginda: Ikrimah Bin Abu Jahal akan datang kepada kamu dalam keadaan beriman dan berhijrah. Jangan kalian mencela bapanya kerana mencela orang mati akan menyebabkan orang hidup terasa hati walaupun tidak sampai kepada orang yang telah mati. Apabila Ikrimah sampai di hadapan pintu Rasulullah SAW, beliau memberitahu Baginda. Baginda bangun melompat kerana gembira dengan kedatangan Ikrimah.
[Riwayat Imam al-Waqidi dalam al-Maghazi, dari jalan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak, Imam Baihaqi dalam kitab al-Mudhil dan Imam Ibn ‘Asakir dalam kitab Tarikh Dimasy. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6234]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs