Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Iklankan pernikahan ini, lakukan di masjid-masjid, dan pukullah gendang

Teks Bahasa Arab

حديث: أعلنوا هذا النكاح واجعلوه في المساجد واضربوا عليه الدف

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Iklankan pernikahan ini, lakukan di masjid-masjid, dan pukullah gendang.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 125, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الترمذي وضعفه. قال في المقاصد: لكنه قد توبع كما في ابن ماجه وغيره.

Al-Tirmizi meriwayatkan dan beliau menilai hadith ini dhaif. Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Tetapi hadith ini ada riwayat sokongan seperti dalam Riwayat Ibn Majah dan selainnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.