Ikhlaskan ibadah Tuhan kalian, dirikan lima (solat) kalian, tunaikan zakat harta kalian

TEKS BAHASA ARAB

أخلصوا عبادة ربكم، وأقيموا خمسكم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم، وصوموا شهركم وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم. ويحرك يده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ikhlaskan ibadah Tuhan kalian, dirikan lima (solat) kalian, tunaikan zakat harta kalian dalam keadaan elokkan dengannya jiwa-jiwa kalian, puasalah pada bulan (puasa) kalian, menunaikan haji di al-Bait kalian, kalian akan masuk syurga Tuhan kalian, dan Baginda menggerak-gerakkan tangan Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1990, hadis nombor 9967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله، ما عصمة هذا الأمر، وعراه، ووثائقه؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم وعقد: ((أخلصوا عبادة ربكم، وأقيموا خمسكم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم، وصوموا شهركم وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم)). ويحرك يده.
[حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2161)]

(Lemah) Daripada Abi Ad-Darda’ RA, bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pelindung urusan ini, ikatannya dan pengukuh-pengukuhnya? Maka bersabda Rasulullah dan Baginda menyimpulkan (jari): “Ikhlaskan ibadah Tuhan kalian, dirikan lima (solat) kalian, tunaikan zakat harta kalian dalam keadaan elokkan dengannya jiwa-jiwa kalian, puasalah pada bulan (puasa) kalian, menunaikan haji di al-Bait kalian, kalian akan masuk syurga Tuhan kalian” dan Baginda menggerak-gerakkan tangan Baginda.”
[Riwayat Ibn Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2161]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs