Ikhlas adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

قال الله – تعالى -: الإخلاص سر من سري، استودعته قلب من أحببت من عبادي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Taala berfirman: Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku tinggalkan ia di dalam jantung hati mereka yang Aku kasihi daripada kalangan hamba-hamba-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis nombor 48. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: ((قال الله – تعالى -: الإخلاص سر من سري، استودعته قلب من أحببت من عبادي)).
[القزويني في ((مسلسلاته))، ((الضعيفة)) (630)]

(Lemah) Daripada Hasan, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku tinggalkan ia di dalam jantung hati mereka yang Aku kasihi daripada kalangan hamba-hamba-Ku.
[Riwayat al-Qazwini dalam Musalsalat beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.630]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs