Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال اللهُ تعالى: الإخلاصُ سِرٌّ من سِرِّي، استودعتُه قلبَ مَن أَحْبَبْتُ من عبادي.
Teks Bahasa Melayu
Allah Taala berfirman: Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku tinggalkan ia di dalam jantung hati mereka yang Aku kasihi daripada kalangan hamba-hamba-Ku.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis no. 48. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم: ((قال الله - تعالى -: الإخلاص سر من سري، استودعته قلب من أحببت من عبادي)). [القزويني في ((مسلسلاته))، ((الضعيفة)) (630)]
(Daif) Daripada Hasan, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku tinggalkan ia di dalam jantung hati mereka yang Aku kasihi daripada kalangan hamba-hamba-Ku. [Riwayat al-Qazwini dalam Musalsalat beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.630]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman