Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اربِطُوا أوساطَكم بأرديَتِكم، وعليكم بالهَرْولةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ikatlah pinggang kamu menggunakan kain selendang kamu, dan berjalanlah kamu dengan cepat.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 736, hadis no. 3758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري- رضي الله عنه -، قال: ((اربطوا أوساطكم بأرديتكم، وعليكم بالهرولة)). [هـ، ابن خزيمة، ك، تمام، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2734)]
(Daif) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Ikatlah pinggang kamu menggunakan kain selendang kamu, dan berjalanlah kamu dengan cepat. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Tammam, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’ dan Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2734]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman