Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ikatlah nikmat-nikmat yang diperolehi dengan bersyukur

Teks Bahasa Arab

قيدوا النعم بالشكر.

Teks Bahasa Melayu

Ikatlah nikmat-nikmat yang diperolehi dengan bersyukur.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 67, hadis no. 274. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف مرفوعا، لكن جاء عن عمر بن عبد العزيز قيدوا نعم الله بالشكر لله - عز وجل - وشكر الله ترك معصيته وفي الباب آثار غير ذلك.

Tidak diketahui secara marfu', namun ada diriwayatkan daripada 'Umar bin 'Abd al-'Aziz: "Ikatlah nikmat-nikmat yang diperolehi dengan bersyukur kepada Allah azzawajalla. Syukur kepada Allah adalah dengan cara meninggalkan maksiat". Dalam bab tersebut ada athar lain selain itu.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.