Ikatlah kainmu walaupun hanya dengan satu tali

TEKS BAHASA ARAB

شد حقوك ولو بعقال. وفي رواية: بصرار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ikatlah kainmu (ketika solat) walaupun hanya dengan satu tali (dalam riwayat lain: dengan benang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis nombor 8262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يزيد بن أبي مريم السلولي عن أبيه، قال: سمعتُ النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((شد حقوك ولو بعقال. وفي رواية: بصرار)). [عق، فر، ((الضعيفة)) (5670)].

(Lemah)
Daripada Yazid bin Abu Maryam al-Saluli, daripada ayahnya, beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: ((Ikatlah kainmu (ketika solat) walaupun hanya dengan satu tali (dalam riwayat lain: dengan benang).))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5670].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.