Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شُدَّ حِقْوَكَ ولو بِعِقَالٍ. وفي رواية: بِصِرَارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ikatlah kainmu (ketika solat) walaupun hanya dengan satu tali (dalam riwayat lain: dengan benang).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis no. 8262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يزيد بن أبي مريم السلولي عن أبيه، قال: سمعتُ النبي - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((شد حقوك ولو بعقال. وفي رواية: بصرار)). [عق، فر، ((الضعيفة)) (5670)].
(Lemah) Daripada Yazid bin Abu Maryam al-Saluli, daripada ayahnya, beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: ((Ikatlah kainmu (ketika solat) walaupun hanya dengan satu tali (dalam riwayat lain: dengan benang).)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5670].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman